Tuesday 27 March 2012

wajah ceria orang bersunat





 Untuk pengetahuan semua, ini anak saya nombor 3.  Kira anak lelaki yang sulung. Gambar ni di ambil di masjid sebelum bersunat. Sampai di masjid pukul 9.00 pagi, lepas tu ambil nombor giliran, Anak saya dapat nombor 42.








 Bila di hitung mungkin dia akan bersunat sebelum waktu Zuhor. Sepanjang masa menunggu tu saya rasa anak saya tak takut langsung.  Tapi bila dah pukul 12pm mulalah dia gelisah. Tiba2 ustaz beritahu no 40 dan seterusnya selepas pukul 2pm.  Pukul 2.30pm nama anak saya dah di panggil. Sebelum masuk dia masih boleh senyum dan ketawa,, sebab kawan-kawan dia ada bersama. Selepas keluar dari bilik bersunat pun tengok muka dia masil cool lagi. Lepas bersalaman dengan ustaz, kami pulang kerumah. Sepanjang perjalanan dia senyap sahaja. Kawan-kawan dia minta kebenaran untuk hantar anak sampai rumah, tapi saya tak benarkan. Selepas kawan-kawan dia turun dari kenderaan, anak saya menangis sehinggalah sampai dirumah. Selepas sehari dia ok tak ade masalah. Lagipun dia sanggup berpantang dan makan ikan haruan.
selepas bersunat makan ikan haruan
Untuk anak-anak perempuan saya, terimakasih banyak-banyak sebab tolong jaga adik sewaktu saya pergi kerja. Kepada adik-adik yang belum bersunat tu, yang penting jangan rasa takut sebelum bersunat, tapi lepas bersunat bolehlah menangis sepuas-puasnya.

No comments:

Post a Comment