Sunday 20 May 2012

SINOPSIS SKIP BEAT@ 8TV 2012

Drama Baru @ 8TV-

Setiap Sabtu @ 6.30pm-8pm
Artis:: Lee Dong Hae,Choi Siwon & Ivy Chee







Mengisahkan seorang gadis manis dan polos lulusan SMA Gong Xi(Ivy Chen) terpaksa mengorbankan impiannya untuk menuntut ilmu di bangku universiti, lantaran ingin menyokong karier  teman sejak masa kecil yang juga dicintainya, Bo Po Shang(Lee Dong Hae) di dunia hiburan Taiwan.untuk itu begitu sampai di Taipei,Gong Xi bekerja secara serabutan agar Bo Po Shang boleh fokus menggapai impiannya sebagai idola pop Taiwan.
Usaha Gong Xi tidak sia-sia kerana Bo Po Shang dengan cepat menjadi salah satu idola pop.Tetapi Bo Po Shang ternyata membayar perngorbanannya dengan  pengkhianatan kerana Bo Po Shang mengaku  tidak mencintainya dan memanfaatkan Gong Xi untuk membiayai kehidupan sang idola.Begitu sakit hati mendapati kenyataan itu sehinngga Gong Xi bersumpah untuk membalas dendam dengan menjadi bintang yang lebih besar daripada Bo Po Shang itu.
Gong Xi kemudian mengikuti audisi di agensi talenta terbesar di Taiwan,L.M.E. dan berhasil bergabung ke salah satu program hiburan agensi tersebut,Love Me bersama calon bintang yang lain,Jiang Nan Qin(Bianca Bai).Salah satu artis L.M.E.,Dun He Lian(Choi Siwon)yang merupakan aktor terkenal tidak suka alasan terjunnya Gong Xi sehingga selalu mencari-cari alasan untuk mengganggu dan mengejek gadis tersebut.
Gong Xi berusaha bertahan dan usahanya terbayar dengan menanjakkan karier aktingnya.Tidak hanya itu,Gong Xi mulai menemukan tujuan baru dalam hidupnya disamping usaha balas dendam.Seiring waktu,rasa tidak suka Lian itu malah berubah menjadi rasa suka kepada Gong Xi kerana akhirnya sedar bahawa Gong Xi ternyata punya bakat besar dalam aktingnya dan kemudian mendukungnya.Pada mulanya Lian berusaha menolak perasaannya itu,namun rasa suka itu tetep berkembang menjadi cinta.

Saksikanlah Skip Beat untuk mengetahui cerita selanjutnya
Bermula 26.5.12^^


No comments:

Post a Comment